FREE SHIPPING + FREE GIFT with purchase of RM100 (WM) / RM150 (EM) Shop Now!
Cart 0
akar fatimah.jpg

Akar Fatimah

RM 25.00


Akar fatimah turut dipanggil sebagai sanggul fatimah, bunga fatimah, rumput fatimah, etc. Meminum air akar fatimah untuk memudahkan proses kelahiran adalah petua turun-temurun dari nenek moyang kita. Pada asalnya akar fatimah adalah seperti gumpalan ranting kering and bila direndam di dalam air, akarnya akan mengembang. Air rendaman itu boleh digunakan untuk dijadikan air selusuh dan diminum secara berperingkat ketika kandungan mula memasuki minggu ke-37. Seelok-eloknya air selusuh itu dibuat dari air zam-zam yang direndam dengan akar fatimah.


Boleh juga direndam di dalam semangkuk minyak kelapa atau minyak zaitun dan dibacakan doa selusuh. Kemudian diminum ketika sakit hendak bersalin, dipercayai minyak selusuh itu dapat memberikan kesan pelincir yang memudahkan proses bersalin.


Jangan minum terlalu awal kerana mengikut kajian saintifik, akar fatimah mengandungi hormon Oktitosin yang akan merangsang kontraksi pada ibu mengandung. Kontraksi ketika saluran peranakan belum terbuka adalah menyakitkan. Air rendaman akar fatimah paling sesuai diminum ketika sudah rasa sakit hendak melahirkan.


Buat ibu-ibu mengandung, akar fatimah boleh diamalkan sebagai salah satu usaha kita untuk mudahkan proses bersalin, dengan izin Allah. Setiap pembelian akar fatimah dari Beyond mama akan disertakan bersama panduan penggunaan dan doa selusuh untuk memudahkan bersalin.