Cart 0

G-Star Biokare

RM 50.00 RM 6,000.00

Produk Suplemen Untuk Immuniti Kanak-Kanak No #1. G-Star Biokare dirumus khusus untuk memperkuatkan daya tahan melawan penyakit dan sistem imuniti anak anda! Khusus untuk meningkatkan imuniti, kami sedar bahawa ibubapa sangat risau anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit atau susah pulih dari demam dan batuk. Tablet Biokare diformulasi khas untuk menyahut cabaran pelbagai anasir penyebab penyakit seperti jerebu. 


6 Sebab Kenapa Anak Anda Perlukan Suplemen Imuniti :

  1. Benteng kekebalan terhadap penyakit ketika sihat
  2. Keupayaan daya tahan dan melawan penyakit ketika diserang penyakit
  3. Keupayaan mencegah penyakit berjangkit (penyakit viral)
  4. Menyeimbangkan keperluan diet harian anak anda
  5. Mengekalkan mikrobiota (bakteria baik) didalam tubuh
  6. Membantu menenangkan stress dan bimbang kanak-kanak


Dirumus dari 11 bahan istimewa termasuk probiotik dan DHA untuk membina kekuatan dalaman tubuh anak anda:


1. Probiotik (bifidobakterium longum & bifidobakterium laktis)
Probiotik adalah bakteria baik yang membantu kelancaran sistem penghadaman dan pertahan badan manusia. Mikroflora probiotik adalah benteng pertahanan pertama dari organisma yang masuk dari luar. Antara khasiat probiotik ialah: Membantu meningkatkan dan memperbaiki sistem penghadaman. Meningkatkan sistem pertahanan badan (imunisasi). Mengurangkan penghasilan bahan toksik dalam usus.


2. Ekstrak kurma
Kurma yang matang mengandungi 80% gula, selebihnya terdiri daripada protein, lemak dan bahan mineral termasuk zat besi, magnesium dan asid folat. Antara kebaikan ekstrak kurma adalah: Mencegah penyerapan kolestrol LDL dalam usus. Kurma mengandungi antioksidan (Tannin) yang bersifat anti-jangkitan, anti-inflamasi dan anti-hemoragik. Kalium dalam kurma adalah komponen penting yang membantu mengawal denyutan jantung dan tekanan darah.


3. Vitamin C

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-Askorbik atau L-Askorbat) diperlukan oleh manusia. Dalam keperluan organisma hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif. Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu. Penting untuk tumbesaran dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak.


4. Ekstrak Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba berasal dari pohon ginkgo biloba. Ginkgo biloba merupakan tanaman dari dataran Tiongkok, China. Pohon ini biasa tumbuh hingga setinggi 30 meter. Daun ginkgo biloba berbentuk seperti kipas, bersaiz lebar dan agak berbulu. Antara manfaat ginkgo biloba adalah: Membantu mengurangkan kerosakan retina. Dapat meningkatkan daya ingatan.


5. DHA (Docosahexaenoic Acid)
DHA Omega 3 adalah tergolong dalam kumpulan ‘Asid Lemak Penting’. Badan kita hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Selain itu, otak manusia terdiri daripada 60% komponen lemak. Oleh itu, DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat. Antara manfaat DHA : Membantu pertumbuhan otak yang cergas. Membantu pertumbuhan retina mata untuk penglihatan yang baik. Membantu pertumbuhan saraf-saraf yang baik.


6. Ekstrak Saffron (Za’faran)
Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Khasiat utamanya adalah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan daya ingatan. Antara kebaikan ekstrak saffron (Za’faran) adalah : Mengelakkan radang paru-paru. Memudahkan penghadaman serta membuangkan angin dan asid yang terkumpul dalam perut.


7. Ekstrak Delima
Buah Delima kaya dengan mineral seperti sodium dan vitamin C. Amat baik untuk menguatkan sistem pencernaan, tekak, dada dan paru-paru serta melegakan batuk. Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Antara kebaikan ekstrak delima adalah : Meningkatkan fungsi minda dan menguatkan memori. Memberi tenaga dan mencegah keletihan. Membakar lemak dan mengurangkan berat badan.


8. L – Lysin
L-Lysin merupakan asid amino penting dalam badan. Menghasilkan enzim, hormon serta sistem pertahanan tubuh yang berfungsi melawan jangkitan. Juga berfungsi mengubah asid lemak menjadi tenaga sekaligus membantu menurunkan kolesterol. Antara manfaat-manfaat l-lysin adalah : Membantu dalam pembetukan kolagen yang penting untuk kesihatan otot dan tulang. Menyokong pembentukan protein lain seperti enzim, antibodi dan hormon.


9. Madu
Madu sangat bermanfaat dalam merawat ulser dalam perut, gastrik dan gastroenteritis. Mempunyai ciri- ciri anti-bacteria dan anti kulat yang dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Antara khasiat madu ialah : Mengelakkan dementia dan meningkatkan daya ingatan. Meningkatkan sistem imunisasi badan. Melegakan sakit tekak. Melawan insomnia. Meningkatkan stamina. Menyembuhkan luka dan kesan terbakar.


10. Bacopa Moniera
Bacopa telah digunakan secara meluas di India dalam bidang perubatan dan mempunyai komponen antioxidant yang tinggi. Antara khasiat bacopa moniera ialah: Antioxidant. Meningkatkan daya ingatan fotografik. Mengelakkan dementia dan penyakit Alzheimer. Membantu mengurangkan tekanan dan keletihan. Meningkatkan pertumbuhan neuron dalam otak. Mengawal penyakit darah tinggi. Melawan kemerahan dan bengkak.


11. Susu (Lembu)
Semua golongan usia disarankan untuk minum susu untuk tumbesaran dan penjagaan tulang. Kalsium dari susu juga membantu mengurangkan penyakit osteoposoris yang banyak terjadi di dalam kalangan mereka yang dah berusia. Khasiat susu: Menguatkan tulang dan gigi. Meningkatkan sistem imunisasi badan. Mengurangkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Melawan kanser. Melawan penyakit osteoporosis. Mengurangkan obesiti.