Cart 0

IV Mist Bio Oil

RM 25.00 RM 3,490.00

IV Mist dihasilkan daripada formulasi herba-herba dalam perubatan Islam dan moden serta ianya selamat & halal. Antara kandungannya ialah:


  • Habbatus Sauda

    Habbatus Sauda atau Black Cumin (Nigella sativa) Seed kaya akan kandungan nutrisi Monosaccharides (molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose, dan arabinose. Black Cumin (Nigella sativa) Seed mengandung non-starch polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat berguna. Lima belas asam amino membentuk protein yang mengandung Black Cumin (Nigella sativa) Seed, termasuk delapan dari asam amino penting. Asam amino tidak dapat disintesis secara cukup didalam tubuh kita, sedangkan kita memerlukannya untuk menjaga berat badan. Black seed mengandung Arginine yang penting pada masa pertumbuhan.

  • Saffron

    Saffron adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Ia mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Ia juga tergolong antara bahan yang termahal di dunia yang mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
    Khasiat lain ialah membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, menambahkan tenaga zahir dan batin, masalah mati pucuk, sembelit, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak, awet muda dengan kulit cerah dan bersih, bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing dan lain-lain lagi.

  • Serai

    Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1 gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser. Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.
    Kegunaan serai adalah ia adalah anti-oksidan, detoksifikasi – proses pembuangan toksin dari badan, menstabilkan tekanan darah dan kolestrol, sembelit, demam dan selsema, senak perut, anti-bakteria dan anti-kulat, artritis, gout dan sakit sendi, angin di dalam perut, mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid), terbukti untuk merawat jerawat dan jeragat.

  • Limau Purut

    Limau purut mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

  • Minyak Argan

    Buah Argan dari pohon Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan negara Maghribi.Manfaat minyak argan adalah tidak hanya terhad kepada kulit, rambut dan kuku, tetapi juga untuk kesihatan badan dalaman. Ia juga dikenali untuk melegakan dan memberikan kelegaan daripada kesakitan yang disebabkan oleh penyakit sendi dan artritis. Argan minyak mempunyai kesan positif terhadap kolesterol dan aterosklerosis.

  • Minyak Eucalyptus

    Harum minyak Eucalyptus mirip dengan minyak kayu putih, ciri-ciri dari warna minyak ini agak sedikit kuning lutsinar dengan harum yang sangat segar. Minyak eucalyptus banyak digunakan untuk aromaterapi dan memiliki banyak kegunaan dalam bidang kesihatan. Ada penelitian melaporkan bahawa dengan membakar campuran minyak eucalyptus dengan air dalam ruangan boleh membunuh 70% bakteria yang ada. Oleh sebab itu minyak ini juga sangat baik untuk melancarkan pernafasan. Bagi pesakit ashma juga boleh menghirup wap air panas yang sudah dicampur dengan minyak eucalyptus untuk terapi. Aromaterapi dengan minyak eucalyptus boleh digunakan untuk anak-anak atau bayi, tetapi dengan dos yang ringan.

  • Minyak Kelapa Dara

    Antara khasiat minyak kelapa dara berfungsi untuk mengurangkan parut jerawat dan stretch mark bagi wanita yang hamil, tiada masalah keputihan ketika hamil, kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering, membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolisma, melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari, meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental, memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin, melawaskan pembuangan air besar dan kecil, melindungi tubuh daripada kanser, jerawat cepat susut, sistem penghadaman lebih baik, meningkatkan kesuburan, agen pelincir dalam hubungan suami isteri, melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut dan banyak lagi.

  • Minyak Halia

    Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis. Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut dan lain-lain lagi.

  • Estrak Pudina

    Pudina atau Mentha (B.Latin) adalah tumbuhan genus termasuk kira-kira 25 species berasal dari Europah, Afrika, Amerika Utara and Asia. Daun pudina juga bukan saja hebat dipergunakan untuk masakan tetapi sebalik baik untuk mereka yang gemar berdiet dan menjaga kesihatan diri luar dan dalam.Antara khasiat pudina adalah ia membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan, membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit & membantu dalam masalah kegatalan kulit, membantu mengurangkan sindrom usus , membersihkan perut, menghilangkan masalah kulit seperti jerawat, membantu dalam menghapuskan toksin dari badan, membantu dalam pemutihan gigi & memerangi nafas berbau dan lain-lain lagi.

  • Halia Bara

    Halia Bara (Zingiber officinale var rubrum) merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara.Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya didalam mengubati penyakit kulit seperti panau dan kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab. Halia Bara juga mampu menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sendi urat saraf. Halia bara juga didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung.